Assalammualaikum dan Selamat Pagi kepada semua warga PBSMM Seluruh Malaysia
Bagi pihak BSMMKL patik menjunjung kasih di atas keberangkatan YTM. Tunku Pengerusi Kebangsaan ke Majlis Pelancaran Kempen Bulan Pungutan Derma Bantuan Banjir dan Derma Darah anjuran PBSMM KL dan Mayland Group selama 39 hari bermula 8 Januari sehingga 17 Februari 2022.
Sehingga petang semalam sebanyak lebih RM 100 ribu telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai dan badan korporat.
Kami juga turut berterima kasih di atas sokongan berterusan yang diberikan oleh pihak IPK terutama YTM. Tunku Pengerusi serta para sahabat Governing Board kepada BSMMKL.
Turut hadir dimajlis tersebut semalam wakil dari Governing Board BSMM iaitu 2 orang Naib Pengerusi Kebangsaan, Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohamad Rafiai Bin Hj. Moktar, Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Ali Bin Raja Mohamed.
GB, YM. Raja Dato’ Nazrin Bin Raja Tan Sri Aznam, Cik Michelle Chew,
Pengerusi Youth Council BSMM, Tuan R. Nanthakumar, Pengerusi BSM Selangor.
Dari IPK, Haji Hakim Bin Hj.Hamzah, Setiausaha Agung dan Dato’ Danial Iskandar Bin Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Agung.
Manakala wakil dari badan korporat dan NGO yang turut serta ialah Y.Bhg Dato’ Kevin Woo, Pengarah Urusan Kumpulan Mayland Group, Ms Pel Loh, Pengarah Perniagaan Runcit dan Jualan Hartanah Antarabangsa Mayland.
Wakil dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Christina Lee Lai Ling, Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Transfusi, PPUM dan wakil dari Malaysian Society of Transplantation (MST), Dr. Hasdy Haron, Pengurus Klinikal Perolehan Transplan Kebangsaan serta Encik Fahmi Ahmad, Ketua Unit Promosi dan Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan Pusat Sumber Transplan Nasional, pasukan Polis, bomba dan RELA Kuala Lumpur.
Kami warga PBSMKL mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan badan korporat yang menyokong serta semua yang hadir terutama dari GB dan IPK.
Bersama ini kami serta antara photo-photo yang berkaitan majlis perlancaran semalam. Terima kasih.
BSMM tidak dimana-mana, tapi selalu ada dimana-mana