fbpx

Sukarelawan Kesihatan BSMMKL myVac

MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan satu inisiatif kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu kelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan sukarelawan dalam pasukan vaksinasi. Program mobilisasi sukarelawan ini akan menjadi instrumen yang amat penting dalam kempen vaksinasi Malaysia bagi mencapai “Herd Immunity”.

MySukarela ditubuhkan untuk menyokong pelaksanaan MyVAC dengan berkesan. Ia diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga kerja bagi perlaksaanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan menempatkan sukarelawan yang berwibawa.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dilaksanakan di 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia. Dengan mendaftarkan diri, anda boleh memilih untuk berkhidmat di kawasan anda mengikut masa pilihan anda sendiri. Kami menyeru semua rakyat Malaysia yang bersedia dan berkemampuan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan bagi mengurus dan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan 2021.

Daftar sebagai sukarelawan hari ini MyVAC di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScFIFMgUXTyLS0E87R0SkXPhxbTHn73PwF2mvWAXutzhY375A/viewform

2 thoughts on “Sukarelawan Kesihatan BSMMKL myVac”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top