TABUNG DERMA AMAL​

Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur (BSMMKL) menggerakkan satu inisiatif kempen kutipan derma amal dalam usaha mengumpul dana bagi tujuan melestarikan pelbagai program dan projek amal.

Tujuan kutipan derma adalah untuk mengumpul dana dalam usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan seperti bantuan bencana alam dan program-program pendidikan seperti kesedaran pertolongan cemas, kesihatan awam dan perkara berkaitan dengan norma baru dalam situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara.

RAKAN TABUNG

Dalam usaha menjayakan kempen yang dirancang, BSMMKL memerlukan bantuan “Rakan Tabung” bagi mencari tempat-tempat strategik untuk meletakkan Tabung Derma. Kempen ini juga dapat memberi peluang kepada ahli-ahli BSMMKL untuk turut serta dalam program-program yang akan dijalankan serta dapat menjana pendapatan sampingan.

Contoh tempat-tempat pengedaran tabung

  1. Kedai Makan
  2. Kedai Runcit
  3. Kedai Serbaneka
  4. Farmasi
  5. Premis-premis Perniagaan
  6. Stesen Minyak
  7. Fasiliti Awam
  8. Hotel dan Penginapan Komersial
  9. Institusi Pendidikan Awam dan Swasta seperti Sekolah, Universiti
  10. Tempat Ibadah seperti Masjid, Kuil, Gereja
  11. Institusi Kewangan seperti Bank, Pajak Gadai, Pemberi Wang Berlesen
  12. Kedai Cuci Kenderaan “Carwash”
  13. Dan lain-lain berkaitan

Insentif

Rakan Tabung akan diberikan insentif bagi setiap PERSETUJUAN untuk meletakkan Tabung BSMMKL yang diperolehi di setiap premis yang berkenaan.

Menjadikan salah satu punca pendapatan sampingan

Sebagai insentif (Bermula 1 Jun sehingga 30 September 2021)
Kutipan Tertinggi Bulanan (Vest BSMM)
Kutipan Tertinggi 3 Bulan ( Jam Tangan G Shock)
Scroll to Top