PERATURAN DAN STANDARD PROSEDUR

1. LOKASI MENEMPATKAN TABUNG DERMA. (WILAYAH PERSEKUTUAN SAHAJA)

1.1 Sebagai panduan, pilih lokasi yang mempunyai banyak transaksi tunai. Contohnya Restoran Makan, Stesen Minyak , Kedai Serbaneka dan sebagainya.

2. MENDAPATKAN KEBENARAN MENEMPAT TABUNG DERMA.

2.1 Melawat premis perniagaan dan memohon kebenaran daripada pengurus atau pekerja yang diberi kuasa membuat keputusan.

2.2 Menjelaskan kepada pihak permis perniagaan bahawa segala kutipan wang dari tabung derma ini akan digunakan untuk menampung kos aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur.

2.3 Setelah mendapat kebenaran dari pengurus perniagaan atau pekerja premis perniagaan, boring pendaftaran premis perniagaan perlu diisi dengan lengkap.

2.4 Sila jaga bahasa dan pertuturan anda ketika berurusan di premis perniagaan.

3. KEPERLUAN MENJADI AHLI PENGEDARAN TABUNG DERMA.

3.1 Sukarelawan yang terlibat dalam pengedaran tabung derma mesti didaftarkan sebagai ahli BSMMKL dan memegang kad keahlian BSMMKL yang sah dan aktif.

3.2 Sukarelawan yang terlibat juga mesti diberi kebenaran bertulis oleh BSMMKL untuk melakukan pengedaran tabung derma.

3.3 Sukarelawan yang terlibat dalam pengedaran tabung derma BSMMKL mesti memakai Baju / rompi / t-shirt BSMMKL.
Scroll to Top