Ayuh Bantu Mereka Bangkit Semula
Seramai 68,341 mangsa melibatkan 18,080 keluarga terpaksa dipindahkan ke 396 pusat pemindahan sementara akibat bencana banjir yang melanda tujuh negeri.
Ibarat jatuh ditimpa tangga, kehilangan harta benda dan kelengkapan isi rumah akibat banjir di saat pandemik Covid-19 masih melanda membuatkan penderitaan mangsa banjir bertambah parah.
Kita mampu mengubahnya. Sedikit sumbangan dari kita merupakan segalanya bagi mereka yang ditimpa musibah ini.
Mari bersama-sama kita menghulurkan bantuan derma pasca banjir melalui Bantuan Tabung Bencana Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur (BSMMKL).
Diharapkan sedikit sumbangan dari kita mampu menyinarkan kembali harapan mangsa, membantu mereka menarik nafas lega.
*Semua sumbangan anda akan diberikan resit pengeculian cukai